Wednesday, December 31, 2008
My 2008 last words...
…. Lately neh terlalu penat sangat dengan kerja-kerja kat opis yang tak henti-henti datang menganggu. Hehehe. Penat+Letih+Tensen+Bosan dan perkataan maksud yang sewaktu dengannya tapi alhamdullilah berkat kesabaran dan ketekunan (tapi membebel gak) semuanya dapat disiapkan akhirnya. Ya ALLAH, terima kasih yang tak terucap dengan kata atas kekuatan, semangat dan ketabahan yang Engkau berikan kepadaku. Kalo tak perkataan ‘give up & 'fed up’ mesti dah selalu bermain di bibir dan minda ini. And thanks buat sum’one who really special in my life banyak bagi semangat dan kata2 perangsang, nasihat dan kritikan yang membina. Who never ever give up with my stupid bad and moody hahaha The person who alwiz besides me when i almost drying n lost. Thank sgt2… I really lurve you. Hehehe Ikhlas tau. Erm… tengah2 jari2 neh menari di keyboard, teringat sum’thing yang belum diselesaikan. Hutang credit card, bil telefon [tu la gatal sgt nak pakai bil] dan satu lagi yang paling malas sekali nak bayar maxis broadband. Alamak.. harus di’settlekan neh. Xpe settlekan thru online jerk sekurang kurangnya memudahkan perjalanan kehidupan. Esok dah mula tahun baru tapi… terfikir sejenak apa azam tahun baru erk? Ntahla… selama neh malas nak menyimpan azam hehehe sebab xpenahnya jadi kenyataan. Maybe sebab azam yang bukan2 kot dan xpenah serious nak merealisasikan azam tu. So… takde azam untuk tahun baru tapi berharap sangat tahun baru neh memberi seribu satu keajaiban dalam hidup aku. insyaAllah. Tadi my frenz dan opismate neh bising tanya nak countdown malam neh katne? Hurm, I’m juz smiling dan cakap lebih baik celebrate kat rumah dihamparan sejadah dan bermuhasabah diri. Hehehe. Pelikkan bunyinya. [jawapan tersebut adalah satu sindiran buat diri yang kerdil ini sebenarnya] sampaikan my opismate tersengih mcm kerang said dats 'wim dah insaf la tu' Amin. Semoga keinsafan itu akan terbit dari ketulusan hati. Kesedaran dan keinsafan perlu ada dalam diri setiap manusia sebenarnya. Terima Kasih Allah kerana Engkau banyak menyedarkan aku dari kesilapan yang aku lakukan. Walaupun perubahan ke arah yang baik itu sesuatu yang sukar tapi insyaAllah berkat doa yang tak henti2 meniti di bibir dan ketulusan hati ini, aku akan berusaha ke arah satu perubahan yang lebih diredhai. Doakan ye… hehehe. Oklah… rasanya enuf kot luahan terakhir sebelum tahun baru. Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat tahun Baru 2009!!!
Tuesday, December 30, 2008
Monday, November 17, 2008
When You Wish Upon A Star...
Perkataan Meteor sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani, meteoros yang bermaksud high in the air:tinggi di udara. Menurut Wikipedia pula meteor adalah jalur jatuh meteoroid ke atmosfera bumi, lazim disebut sebagai tahi bintang. Jaluran tersebut disebabkan oleh kepanasan yang dihasilkan oleh tekanan ketika meteoroid memasuki atmosfera. Meteor yang sangat terang, lebih terang daripada penampakan Zuhrah, dapat disebut sebagai bolide. Jika suatu meteoroid tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, benda yang dihasilkan disebut meteorit. Meteor yang menghentam bumi atau objek lain dapat membentuk kawah.
Meteor menentukan arah tuju perjalanannya yang tinggi di atas ruang angkasa. Dari atas sana sang meteor bergerak tajam, jatuh menjunamkan dirinya ke bumi tetapi berkemungkinan besar sang meteor akan habis terbakar di atmosfera sebelum dapat merasakan betapa kerasnya permukaan tanah di bumi.
Dan… seperti itu juga harapan, impian atau ekspektasi yang dimiliki oleh seseorang. Kita sentiasa mengharapkan sesuatu yang tinggi (high expectation) sehingga kadang kala menipu diri sendiri. Harapan yang akan membuatkan kita lupa realiti kehidupan yang sebenar dan kenyataan yang tertulis. Persis dengan realitinya kehidupan sang meteor yang indah menghiasi langit malam dan kemudiannya terjun bebas sebebasnya burung berterbangan di angkasa dan mendarat di sebuah tanah yang luas bernama ‘kekecewaan’ dan satu-satunya kesan yang tertinggal adalah sakit hati.
Sebenarnya kita jangan pernah menggantungkan harapan setinggi meteor kerana kesannya sangat mendalam tatkala meteor menghentam bumi.
Dan… perlukah kita menyimpan kekecewaan sedalam ini? Ibaratkan cinta walaupun kita pernah menyimpan dan mengharapkan sesuatu yang tinggi pada seseorang itu dan akhirnya dia akan mengecewakan kita sedalam ini juga.
Like someone once said to me, "sometimes wishful thinking only leads to disappointment". And somehow he proved me that he was right.
'Jadilah bintang di langit. Jangan jadi tahi bintang'
Bintang yang bersinar indah di angkasa akan sentiasa menemani dan memberi kita harapan tetapi tahi bintang akan memusnahkan harapan tersebut.
Thursday, November 13, 2008
Friday, November 7, 2008
BELASUNGKAWA
2/11/08 pagi abg sepupu aku telefon bagitau polis datang rumah bagitau *Angah (panggilan utk Pakngah, adik kepada papa aku) jatuh longkang dan ada kat hospital. Ya Allah, hati aku berdebar-debar. Kenapa polis yang bagitau harap2 takde apa2 yg berlaku. Ya Allah, selamatkanlah Angah. Sampai di hospital sebelum turun dari kereta papa terima panggilan. Tiba-tiba papa diam selepas terima panggilan tersebut. Aku terus bertanya, pa… siapa yang call? Kenapa..? Pasal Angah ke…? Kenapa dgn Angah…? Tapi papa aku masih diam membisu. Di sebelah kereta, sepupu aku *Zulfa dan Hilal (Zulfa anak Angah no. 2 dan Hilal yang bongsu) sedang tersedu sedu menangis dan berpelukan. Aku semakin hairan dan berdebar-debar. Ya, hati ini terlalu kuat debarannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Terus aku meluru keluar dan mengetuk pintu kereta mereka. Fa...Zulfa, buka la pintu nih...keluarlah..... Kenapa nih…? Aku semakin panik dan menjerit bertanya kepada papa yang baru keluar dari kereta.. Pa, kenapa nih? Siapa call? Kenapa dengan Angah…? Papa aku masih membisu. Ya Allah, apa yang berlaku sebenarnya. Mama aku pun keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta mereka menyuruh keluar. Zulfa pun buka pintu… dalam tersedu sedu menahan tangisan Zulfa bagitau yang Angah dah pergi…sekarang ada kat bilik mayat. Ya, Allah…. Langit bagaikan gelap pada pandangan aku. Cepat2 ayah aku menyuruh sepupu aku keluar. Bergegas aku, papa, mama dan sepupu pergi ke bilik mayat. Di bilik mayat, abg sepupu aku Abang Faisal (anak angah yang sulung) dengan *Mak Pel (panggilan untuk isteri Angah) menunggu sambil menangis. Ini kali kedua aku ke bilik mayat. Pertama, sewaktu adik meninggal. Antara sedar percaya atau tidak aku menunggu di bilik mayat sebelum dibenarkan melihat mayat Angah. Sewaktu menunggu, aku menelefon saudara mara yang lainnya.
Yang menjadi tanda tanya, ialah kematian Angah? Angah ke KL jumaat malam utk membeli barang-barang jualan. Sabtu petang dalam pukul 4 atau 5 lebih aku ada menghubungi Angah berkali-kali tetapi hs Angah tidak aktif. Mak Pel bagitau bas Angah sepatutnya dari KL – Png dalam pukul 2 pagi. Jadi, sekitar pukul 6 pagi berkemungkinan Angah sampai di Penang. Kebiasaannya Angah turun bas di perumahan TNB tetapi yang peliknya tempat mayat Angah dijumpai jauh dari situ. Berdekatan dengan tali air yang mengalir ke Sg. Prai. Mayat Angah dijumpai tanpa berbaju tetapi jaket, cermin mata dan pen terletak di tepi tembok berdekatan dengan tempat kejadian. Ada yang bagitau berkemungkinan Angah tertidur dalam bas dan dalam keadaan separuh sedar Angah berhenti di situ dan berjalan kaki pulang dan berkemungkinan keadaan yang masih gelap Angah terjatuh. Tapi… bagaimana pula jaket, cermin mata dan pen Angah elok terletak di tepi tembok tersebut. Sewaktu menunggu di bilik mayat ada seorang polis atau media bebas entahlah aku sendiri kurang pasti identiti orang tersebut membuat andaian berkemungkinan Angah di culik dan kemudian di tolak ke tali air tersebut. Itu cuma satu andaian….
Hilal anak Angah ada menelefon tempat yang menjadi kebiasaan Angah membeli barang di KL tapi pekerja di situ bagitau yang Angah memang tak datang ke situ pada hari tersebut. Kemana Angah pergi…? Mak Pel pula bagitau pula Angah ada membawa sejumlah wang untuk membeli barang tapi wang tersebut tidak dijumpai bersama mayat Angah cuma yang ada bersama mayat Angah hs yang dah dimasuki air dan wallet. Duit di dalam wallet cuma tinggal berapa puluh sahaja. Kemana perginya duit tersebut (duit utk membeli brg jualan).Kematian Angah menjadi tanda tanya…walaupun ajal maut adalah TAKDIR yang telah ditentukan tapi selagi kematian Angah masih banyak persoalan yang belum terjawab selagi itu fikiran ini masih mencari dan terus mencari jawapan. Kematian adik juga TAKDIR tapi kematian Angah berbeza dengan kematian adik. Hanya keajaiban sahaja yang dapat menjawab segala pertanyaan dan misteri kematian Angah. Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. Padamu ku berserah. Bila aku memandang wajah papa dan mama, aku menjadi semakin sedih… papa belum lagi pulih dari kesedihan pemergian adik sekarang Angah pula, mama juga baru dalam seminggu kematian abg yang sulung… satu persatu… kejadian yang menimpa. Ya, Allah kuatkanlah semangat papa dan mama berikanlah ketabahan kepada mereka. Aku semakin takut… bukan takut tentang mati atau mengingati mati tapi takut kehilangan orang yang tersayang lagi. Arwah adik baru je setahun lebih pergi, Mak Dang abg mama yang sulung (panggilan untuk pak long dlm bhs minang) pergi…sekarang Angah pula. Ya, Allah kuatkan semangat aku.. berilah aku petunjuk dan ketabahan.
Al-Fatihah untuk Arwah adik (dik, akak rindu sangat kat adik… rindu sangat), arwah Mak Dang dan Angah. Semoga rohnya diberkati dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin.
Diri ini akan menyusur juga nanti…. kematian adalah sesuatu yang pasti. Inilah satu-satunya kepastian yang tidak dapat dinafikan atau ditangguhkan kehadirannya walaupun sesaat.
Saturday, October 25, 2008
MIMPI INDAH
Sunday, October 19, 2008
"KAMI the movie"
Thursday, July 31, 2008
kawan kawan the movie... jom kita LAWAN?
Satu cerita tentang kawan-kawan. Kawan-kawan bukan lawan tapi... kenapa mesti ada kawan yang makan kawan, kawan jadi lawan, lawan musuh kawan. Pelikkan? Kawan tetap kawan sampai bebila pun kawan. Kawan ibarat sebuah taman yang sangat menawan. Kawan adalah teman. Teman yang tak mungkin tikam kawan. Teman yang takkan musuhi kawan. Kawan-kawan kitakan kawan, kenapa nak lawan? Lawan untuk kebaikan tegur kesilapan bantu kawan
tapi... lawan untuk keburukan burukkan kawan tipu kawan jatuhkan lawan. Ingatlah kawan, fikirlah teman...Kitakan makhluk Tuhan. Saya sayang kawan. Saya hormat teman dan tak benci pada lawan. Sekian.
Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
SEPI menyepi
Sepi merupakan filem dari hasil buah tangan Kabir Bhatia selepas filem CINTA. Satu yang terlintas di fikiran saya ialah filem ini pasti berbeza dan menyentuh jiwa. Di dalam filem Sepi, penulis skrip sangat bijak sebenarnya dalam mengatur logik antara sastera dan kehidupan seharian rakyat Malaysia sehingga setiap elemen di dalam filem ini dirasakan cukup ramuannya, tidak berlebih-lebih dan yang paling penting inilah kehidupan kita sebenarnya.
Filem sepi merangkumi tiga cerita yang berbeza tetapi terikat dalam satu takdir yang dikaitkan dengan begitu sempurna. Sepi berbicara mengenai perjalanan sebuah harapan, pengorbanan dan sebagainya. Lumrah sebuah kehidupan, jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Kisah Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka hingga membuatkan mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggenggam cinta. Sepi mengajar mereka erti cinta dan mungkin mengajar kita juga. Itu sebahagian daripada rempah ratus dalam filem Sepi.
Lakonan Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasya Aziz, Eja, Riezman Khuzaimi, Tony Eusoff, Syed Hussein, Baizura Kahar, Pierre Andre dan semua pelakon tambahan mantap dan membanggakan. Sinematografi yang mengagumkan, jalinan dari satu babak ke satu babak yang indah dan latar penceritaan yang benar-benar membawa pengertian sepi dari kacamata setiap watak yang ditonjolkan.
Jika filem-filem Melayu mahu diterima semula dan mahu dijadikan pilihan tontonan di panggung, filem Sepi adalah jawapan dan menjadi tanda aras filem yang berkualiti. Tetapi sayang, sukar sebenarnya untuk menyalahkan penonton kenapa filem sepi kurang mendapat tempat di hati penonton. Kenapa.... ? bukan salah promosi, promosi mengenai filem ini sudah cukup memenuhi setiap ruang media cetak mahupun media elektronik. Mungkin, pendedahan kita dalam menilai sesuatu kualiti sesebuah filem belum cukup mendalam dan masih belum cukup matang. Tepuk dada tanya minda.
Monday, July 28, 2008
HARAJUKU
Harajuku style originated among teens on the streets of the Harajuku Shopping District in Tokyo. It may have been brought to many people's attention by American singer Gwen Stefani, but the evolution of the style certainly didn't begin with her and it certainly won't end with her. Like many "street fashions" it is difficult to characterize, both because it is constantly changing and because it has many manifestations. There is no cookie-cutter approach to the style, but if you want to dress in Harajuku style, here are some guidelines to get you started.
STEPS...
Shopping in an eclectic Harajuku boutique
1. Mix and (mis)match different fashions. What is now known as Harajuku (like Halloween in Japan every Sunday) style started as teens in the district began to integrate traditional Japanese attire, especially kimonos and geta sandals, into their dress. Before, they wore primarily clothes that were influenced by the West, but by mixing the traditional with the modern, they created a new style. Other examples of mixing and matching including the punk look with the schoolgirl uniform or a goth look with designer clothes. In Harajuku, mixing different styles and mismatching colors and patterns is encouraged--you can do anything you want, as long as your outfit is a thoughtful expression of your individuality2. Become familiar with variations of style in the Harajuku district. It's impossible to pinpoint one "Harajuku style." Many styles have originated or developed on the streets of Harajuku, and many Harajuku girls (and boys) integrate one or more of these somewhat more defined styles into their outfits.
Gothic Lolita involves wearing gothic, feminine and elegant clothes, to the extent that you look like a living Victorian doll.
Japanese punks, inspired by the punk movement that began in London in the 70s, magnify rebelliousness with over-the-top clothes, accessories, makeup, and piercings.
Cosplay entails dressing up like your favorite cartoon/anime or computer game character.
Decora style favors bright colors, flamboyance and accessories from head to toe. You decorate yourself with plastic toys and jewelry, and it's not uncommon to have so many that you can hear them click together when the person moves.
Kawaii (literally translating from Japanese to "cute") places an emphasis on childlike playfulness--anime characters, ruffles, pastel colors, toys, and so on.
3. Dress in layers. One of the hallmarks of Harajuku is layering. Sweaters, vests, or jackets over blouses over t-shirts, dresses worn with leggings, and so on. Layering clothes (or giving the appearance of layering by wearing ruffled dresses, for example) allows you to mix and match a wider variety of different styles, and adds more dimension to your outfit.
4. Customize your clothes. Secondhand clothing and do-it-yourself styles are popular ingredients in a Harajuku outfit. Like that flowered skirt but think it would look cuter with a ribbon pinned on it or with a more uneven, angular hemline? Get out the scissors and glue and make your store-bought clothes uniquely yours. Or, go even further and make your own skirt. Cutting the fabric to create bold angles and lines can make even a plain black dress appear remarkable and fun.
5. Accessorize. Add any wild accessories you have, such as belts, earrings, hair clips, jewelry, and handbags. Remember, accessories can be colorful and loud, and they don't have to match your clothes. Speaking of loud, in decora, a particular Harajuku style, accessories embellish an outfit from head to toe, and objects such as bells are sometimes used to add an aural dimension to the wardrobe.6. Go wild with your hair and makeup. The Harajuku style doesn't have to stop with your clothes. Pigtails and other "cute" hairstyles are particularly popular, as is dying your hair. Creative, even theatrical makeup can be a fun addition.
7. Wear whatever looks good to you. It's been said that the Harajuku style is not really a protest against mainstream fashion and commercialism (as punk was), but rather a way of dressing in whatever looks good to you. If you think mismatched rainbow and polka-dot leggings look good with a plaid dress, go for it!
8. Smile and say chiizu! If you dress Harajuku style outside of Harajuku, you'll likely draw attention from people unfamiliar with your international fashion sense. If the attention isn't positive, just smile graciously and keep going about your business. But if people ask questions or want to take pictures, strike a pose! The people in Harajuku are proud of their style, so you should be, too.
TIPS...
1. Many people mistakenly think that dressing Harajuku style is about just "throwing things together." While the assembly of different styles and patterns might seem haphazard, it's important to put a lot of thought into your style. If you study how people dress in the Harajuku shopping district, you'll see that the intricate outfits are carefully chosen to convey a certain image that a random and thoughtless combination never could.
2. Harajuku style changes very quickly. Keep up with the evolution of the style by reading publications like FRUiTS and Style-Arena.jp. These publications and others like them offer a wealth of pictures of Harajuku outfits and are updated weekly or monthly. If you want to dress in Harajuku style, looking at pictures is a good way to get inspired.
3. "Harajuku style" is also known as "FRUiTS fashion" to those who follow the magazine, but neither of these terms are commonly used by the Japanese who epitomize style when describing themselves.
4. Contrary to popular belief, Harajuku style is not just for the girls. While some variations of the style lend themselves more to females than to males (e.g. Gothic Lolita), many of the hallmarks of the style are gender-neutral. After all, it's about dressing in what looks good to you--why should girls have all the fun?
WARNINGS...
1. Don't get carried away with brand loyalty. While it's OK to favor certain designer labels (especially since brand loyalty is big in Japan), Harajuku is about creating your own look, so if you appear just like the mannequins in the mall or the pictures in the catalog, you may be stylish, but you're not unique. Don't be afraid to mix that Calvin Klein dress with a used, torn and tattered pair of jeans and some combat boots.
2. Also, In many places Harujuku style is very uncommon, you can't just dress the part, you have to be the part. When walking down the street people will look at you. Hold your head high, be proud of what you are wearing or else you look like a poser.
Ayat ayat CINTA
Pada pendapat saya, Ayat Ayat Cinta berjaya mengadaptasikan sebuah novel cinta keagamaan menjadi sebuah filem komersial yang indah dan sangat menarik sehingga saya teruja untuk menontonnya berkali-kali. Tangkapan sinematografi cantik dan berseni. Runut bunyi mengasyikkan dan menyentuh perasaan. Lakonan semua pendukungnya berhasil menghidupkan watak watak cerita dan yang paling penting, dipenuhi ayat-ayat cinta yang sangat mengujakan dan penuh kalimah sastera! ini kelebihan yang ada pada ayat-ayat cinta. Ceritanya bukan sekadar satu hiburan tapi mesej yang ingin disampaikan sewajarnya di lihat sebagai satu panduan dan teladan untuk kita sama sama menilai erti CINTA sebenar.
Thursday, May 15, 2008
titisan darah terakhir
Saturday, March 29, 2008
Degraph's Glamorous Night
The Students of Graphic and Digital Media Department Association 08 (Degraph) ProudlyPresents:
venue: Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam.
Friday, March 28, 2008
lewat tengah malam
"aku mentafsir diri, menemani mimpi dan mencari realiti dalam kegelapan malam. Kekalutan mimpi ketakutan diri menjadikan aku BERANI."