Kita selalu melihat tidak kira di dalam filem atau realiti seseorang mengharap dan meminta sesuatu atau hajat apabila terlihat akan tahi bintang atau bintang jatuh? Tahi bintang, bintang jatuh, shooting star, meteor semuanya sama maksud dan makna. Erm… kenapa kita mesti meletakkan harapan atau impian hanya dengan kehadiran tahi bintang? Sesuatu yang mustahil mestikah tertunai hanya dengan bergantung harapan pada tahi bintang semata?
Perkataan Meteor sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani, meteoros yang bermaksud high in the air:tinggi di udara. Menurut Wikipedia pula meteor adalah jalur jatuh meteoroid ke atmosfera bumi, lazim disebut sebagai tahi bintang. Jaluran tersebut disebabkan oleh kepanasan yang dihasilkan oleh tekanan ketika meteoroid memasuki atmosfera. Meteor yang sangat terang, lebih terang daripada penampakan Zuhrah, dapat disebut sebagai bolide. Jika suatu meteoroid tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, benda yang dihasilkan disebut meteorit. Meteor yang menghentam bumi atau objek lain dapat membentuk kawah.
Meteor menentukan arah tuju perjalanannya yang tinggi di atas ruang angkasa. Dari atas sana sang meteor bergerak tajam, jatuh menjunamkan dirinya ke bumi tetapi berkemungkinan besar sang meteor akan habis terbakar di atmosfera sebelum dapat merasakan betapa kerasnya permukaan tanah di bumi.
Dan… seperti itu juga harapan, impian atau ekspektasi yang dimiliki oleh seseorang. Kita sentiasa mengharapkan sesuatu yang tinggi (high expectation) sehingga kadang kala menipu diri sendiri. Harapan yang akan membuatkan kita lupa realiti kehidupan yang sebenar dan kenyataan yang tertulis. Persis dengan realitinya kehidupan sang meteor yang indah menghiasi langit malam dan kemudiannya terjun bebas sebebasnya burung berterbangan di angkasa dan mendarat di sebuah tanah yang luas bernama ‘kekecewaan’ dan satu-satunya kesan yang tertinggal adalah sakit hati.
Sebenarnya kita jangan pernah menggantungkan harapan setinggi meteor kerana kesannya sangat mendalam tatkala meteor menghentam bumi.
Dan… perlukah kita menyimpan kekecewaan sedalam ini? Ibaratkan cinta walaupun kita pernah menyimpan dan mengharapkan sesuatu yang tinggi pada seseorang itu dan akhirnya dia akan mengecewakan kita sedalam ini juga.
Like someone once said to me, "sometimes wishful thinking only leads to disappointment". And somehow he proved me that he was right.
'Jadilah bintang di langit. Jangan jadi tahi bintang'
Bintang yang bersinar indah di angkasa akan sentiasa menemani dan memberi kita harapan tetapi tahi bintang akan memusnahkan harapan tersebut.
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment