Friday, November 7, 2008
BELASUNGKAWA
2/11/08 pagi abg sepupu aku telefon bagitau polis datang rumah bagitau *Angah (panggilan utk Pakngah, adik kepada papa aku) jatuh longkang dan ada kat hospital. Ya Allah, hati aku berdebar-debar. Kenapa polis yang bagitau harap2 takde apa2 yg berlaku. Ya Allah, selamatkanlah Angah. Sampai di hospital sebelum turun dari kereta papa terima panggilan. Tiba-tiba papa diam selepas terima panggilan tersebut. Aku terus bertanya, pa… siapa yang call? Kenapa..? Pasal Angah ke…? Kenapa dgn Angah…? Tapi papa aku masih diam membisu. Di sebelah kereta, sepupu aku *Zulfa dan Hilal (Zulfa anak Angah no. 2 dan Hilal yang bongsu) sedang tersedu sedu menangis dan berpelukan. Aku semakin hairan dan berdebar-debar. Ya, hati ini terlalu kuat debarannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Terus aku meluru keluar dan mengetuk pintu kereta mereka. Fa...Zulfa, buka la pintu nih...keluarlah..... Kenapa nih…? Aku semakin panik dan menjerit bertanya kepada papa yang baru keluar dari kereta.. Pa, kenapa nih? Siapa call? Kenapa dengan Angah…? Papa aku masih membisu. Ya Allah, apa yang berlaku sebenarnya. Mama aku pun keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta mereka menyuruh keluar. Zulfa pun buka pintu… dalam tersedu sedu menahan tangisan Zulfa bagitau yang Angah dah pergi…sekarang ada kat bilik mayat. Ya, Allah…. Langit bagaikan gelap pada pandangan aku. Cepat2 ayah aku menyuruh sepupu aku keluar. Bergegas aku, papa, mama dan sepupu pergi ke bilik mayat. Di bilik mayat, abg sepupu aku Abang Faisal (anak angah yang sulung) dengan *Mak Pel (panggilan untuk isteri Angah) menunggu sambil menangis. Ini kali kedua aku ke bilik mayat. Pertama, sewaktu adik meninggal. Antara sedar percaya atau tidak aku menunggu di bilik mayat sebelum dibenarkan melihat mayat Angah. Sewaktu menunggu, aku menelefon saudara mara yang lainnya.
Yang menjadi tanda tanya, ialah kematian Angah? Angah ke KL jumaat malam utk membeli barang-barang jualan. Sabtu petang dalam pukul 4 atau 5 lebih aku ada menghubungi Angah berkali-kali tetapi hs Angah tidak aktif. Mak Pel bagitau bas Angah sepatutnya dari KL – Png dalam pukul 2 pagi. Jadi, sekitar pukul 6 pagi berkemungkinan Angah sampai di Penang. Kebiasaannya Angah turun bas di perumahan TNB tetapi yang peliknya tempat mayat Angah dijumpai jauh dari situ. Berdekatan dengan tali air yang mengalir ke Sg. Prai. Mayat Angah dijumpai tanpa berbaju tetapi jaket, cermin mata dan pen terletak di tepi tembok berdekatan dengan tempat kejadian. Ada yang bagitau berkemungkinan Angah tertidur dalam bas dan dalam keadaan separuh sedar Angah berhenti di situ dan berjalan kaki pulang dan berkemungkinan keadaan yang masih gelap Angah terjatuh. Tapi… bagaimana pula jaket, cermin mata dan pen Angah elok terletak di tepi tembok tersebut. Sewaktu menunggu di bilik mayat ada seorang polis atau media bebas entahlah aku sendiri kurang pasti identiti orang tersebut membuat andaian berkemungkinan Angah di culik dan kemudian di tolak ke tali air tersebut. Itu cuma satu andaian….
Hilal anak Angah ada menelefon tempat yang menjadi kebiasaan Angah membeli barang di KL tapi pekerja di situ bagitau yang Angah memang tak datang ke situ pada hari tersebut. Kemana Angah pergi…? Mak Pel pula bagitau pula Angah ada membawa sejumlah wang untuk membeli barang tapi wang tersebut tidak dijumpai bersama mayat Angah cuma yang ada bersama mayat Angah hs yang dah dimasuki air dan wallet. Duit di dalam wallet cuma tinggal berapa puluh sahaja. Kemana perginya duit tersebut (duit utk membeli brg jualan).Kematian Angah menjadi tanda tanya…walaupun ajal maut adalah TAKDIR yang telah ditentukan tapi selagi kematian Angah masih banyak persoalan yang belum terjawab selagi itu fikiran ini masih mencari dan terus mencari jawapan. Kematian adik juga TAKDIR tapi kematian Angah berbeza dengan kematian adik. Hanya keajaiban sahaja yang dapat menjawab segala pertanyaan dan misteri kematian Angah. Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui segala-galanya. Padamu ku berserah. Bila aku memandang wajah papa dan mama, aku menjadi semakin sedih… papa belum lagi pulih dari kesedihan pemergian adik sekarang Angah pula, mama juga baru dalam seminggu kematian abg yang sulung… satu persatu… kejadian yang menimpa. Ya, Allah kuatkanlah semangat papa dan mama berikanlah ketabahan kepada mereka. Aku semakin takut… bukan takut tentang mati atau mengingati mati tapi takut kehilangan orang yang tersayang lagi. Arwah adik baru je setahun lebih pergi, Mak Dang abg mama yang sulung (panggilan untuk pak long dlm bhs minang) pergi…sekarang Angah pula. Ya, Allah kuatkan semangat aku.. berilah aku petunjuk dan ketabahan.
Al-Fatihah untuk Arwah adik (dik, akak rindu sangat kat adik… rindu sangat), arwah Mak Dang dan Angah. Semoga rohnya diberkati dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin.
Diri ini akan menyusur juga nanti…. kematian adalah sesuatu yang pasti. Inilah satu-satunya kepastian yang tidak dapat dinafikan atau ditangguhkan kehadirannya walaupun sesaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
takziah wim. tabahkan hati kuatkan semangat.
Aku ikut belasungkawa atas meninggalnya 'ANGAH' kamu ya.
Condolence Wim...
takziah wim. Ajal maut di tangan Tuhan. Banyak2 bersabar.
dr Allah kite dtg..kepada Dia jugalah kite kembali..tabahkan hatimu wim.kuatkan semangat
Post a Comment